Make your own free website on Tripod.com

titlenlogo.jpg

Home
Cara-cara Permohonan Keahlian
Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Berlaku Kematian
Ajk Yang Boleh Dihubungi
Carta Organisasi
Perlembagaan Pertubuhan
Senarai Ahli
Faedah-faedah Menjadi Ahli
Papan Buletin
Aktiviti Terkini dan Akan Datang
Gambar-gambar Sekitar Majlis Pelancaran
Hubungi Kami
Muat Turun
bismillah1.jpg

NOTIS MESYURARAT AGUNG BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU BAGI PERDANA 2008
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Assalamualaikum Warga BP
 
Adalah dimaklumkan bahawa Badan Khairat Kematian Surau Bangi Perdana akan mengadakan Menyuarat Agungnya yang pertama. Maklumat berkaitan mesyuarat adalah seperti berikut:
 
Tarikh    : 26/4/08 (Sabtu)
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : Surau Bangi Perdana
 
Agenda Mesyuarat :
 
9.00 - 9.30 pagi    - Pendaftaran
                             - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                             - Ucapan Pengerusi Penaja
                             - Perasmian
                             - Jamuan
10.15  pagi           - Mesyuarat Agung Penubuhan :
                             - Ucapan Pengerusi Penaja
                             - Membentang dan Menerima Draf Perlembagaan (Perbahasan Usul)
                             - Laporan Aktiviti Jawatankuasa
                             - Laporan Kewangan
                             - Membubarkan Jawatankuasa Penaja
                             - Melantik Pengerusi Mesyuarat Sementara
                             - Melantik Pencatat Minit Mesyuarat Sementara
                             - Sessi Pemilihan AJK 2008/2010
                             - Ucapan Penangguhan oleh Ahli yang berminat untuk memberikan pandangan
                             - Ucapan Penangguhan Pengerusi Baru dan lain2

 
SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR
 
Pihak AJK amat berharap kehadiran beramai-ramai semua ahli bagi memeriahkan majlis dan tanda sokongan.
 
Sekian Terima Kasih

MAKLUMAN PENTING KEPADA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR PADA TAHUN 2007

banner-khairat-a4.gif

Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman web Badan Khairat Kematian Surau Bangi Perdana (BKKSBP). Pembangunan laman web ini merupakan kesinambungan bagi meneruskan usaha-usaha kebajikan yang melibatkan kematian khusus bagi penduduk Taman Bangi Perdana.
 
Bertempat di Bangi Perdana yang terletak dalam kawasan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Taman ini meliputi 618 buah rumah dengan hampir 99.9% penduduknya adalah beragama Islam. Badan ini merupakan satu badan yang bernaung dibawah Surau Bangi Perdana. Sementara Surau Bangi Perdana pula merupakan surau yang telah didaftarkan dibawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Pihak pentadbir badan(ajk) menyeru kepada seluruh penduduk Bangi Perdana agar mendaftar segera untuk menjadi ahli badan ini bagi membolehkan semua penduduk mendapat manfaat yang disediakan.
 
Selain dari itu, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan keperluan masa depan badan sedang dirancangkan dengan teratur, cermat serta teliti. Pihak pentadbiran badan juga akan memastikan setiap perkara berkaitan perjalanan badan ini sentiasa telus terutama berkaitan keahlian dan perbelanjaan.
 
Pelbagai kemudahan cuba disediakan oleh laman web ini seperti:
  • muat turun borang keahlian
  • menyemak status keahlian
  • melihat senarai aktiviti terkini
  • paparan maklumat dan pemberitahuan
  • pertanyaan atau cadangan melalui e-mail
  • lain-lain

Pihak pentadbiran mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran bagi memastikan perjalanan badan ini bertambah baik dan lancar.

Semoga hasil usaha yang kecil dari pentadbir yang terdiri dari wakil-wakil penduduk Taman Bangi Perdana ini membolehkan sebahagian dari keperluan kebajikan penduduk dapat diuruskan dengan teratur. Disamping itu, pihak pentadbiran juga berharap usaha ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan ikatan sialturrahim antara sesama penduduk.

Iklas dari,

Pengerusi

Badan Khairat Kematian Surau Bangi Perdana

Badan Khairat Kematian Surau Bangi Perdana
Surau Bangi Perdana, Bangi Perdana, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Faks: 03-89252604   Email:
khairatkematianbp@yahoo.com.my