titlenlogo.jpg

Faedah-faedah Menjadi Ahli

Home
Cara-cara Permohonan Keahlian
Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Berlaku Kematian
Ajk Yang Boleh Dihubungi
Carta Organisasi
Perlembagaan Pertubuhan
Senarai Ahli
Faedah-faedah Menjadi Ahli
Papan Buletin
Aktiviti Terkini dan Akan Datang
Gambar-gambar Sekitar Majlis Pelancaran
Hubungi Kami
Muat Turun

Ramai daripada anda tidak sedar tentang kepentingan menyertai Badan-badan khairat kematian di tempat anda. Dibawah dinyatakan mengapa anda perlu menyertai Badan Khairat Kematian Surau Bangi Perdana dan faedah-faedah yang akan diperolehi nanti.

Mengapa Anda Perlu Segera Mendaftar Menjadi Ahli Badan Khairat
 
1. Kos Pengurusan Jenazah Yang Tinggi di Bandar Baru Bangi.
Untuk makluman anda semua, kos pengurusan jenazah di Bandar Baru Bangi agak tinggi. Bagi kes-kes kematian biasa, kos pengurusannya adalah disekitar RM730.00. Dalam beberapa hal, kita memahami bahawa para waris si mati tidak akan mampu memikirkan soal kewangan dan pengurusan jenazah ketika hari kejadian kerana pelbagai masalah dan kerungsingan menghadapi kematian. Oleh itu jika anda merupakan ahli berdaftar, apabila berlaku sebarang kematian oleh kepada ahli atau tanggungan, maka pihak pentadbiran badan khairat kematian akan menyediakan dana dan khidmat pengendalian yang sepatutnya bagi menguruskan kematian tersebut.
 
2. Kerja-kerja Pengurusan yang Teknikal dan Pelbagai
Ramai daripada kita menganggap, kerja-kerja pengurusan jenazah adalah mudah. Namun, hakikatnya kerja-kerja menguruskan jenazah agak rumit dan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Bagi kematian biasa, antara kerja-kerja pengurusan yang perlu dilakukan pada hari kejadian seperti :-
  • Memanggil doktor untuk tujuan pengesahan kematian (dilakukan oleh waris si mati
  • Membuat laporan polis untuk laporan kematian dan mendapatkan surat kebenaran mengebumikan
  • Membeli kain kapan
  • Membeli papan untuk liang lahat
  • Mendapatkan tukang gali kubur
  • Mendapatkan van untuk urusan pengangkutan
  • Mendapatkan pemandu van jenazah
  • Mendapatkan tukang mandi jenazah lelaki jika jenazah lelaki dan tukang mandi wanita jika jenazah wanita
  • Memandikan jenazah
  • Mengkafankan jenazah
  • Menyembahyangkan jenazah
  • Mentalkinkan jenazah
  • Menguruskan kenduri tahlil pada malam pertama sahaja

Bagi kes-kes kematian luar biasa seperti kemalangan dan kematian mengejut, urusan menjadi semakin rumit dan kos pengurusan menjadi semakin tinggi. Antaranya :-

  • Berurusan dengan waris, hospital dan polis untuk urusan bedah siasat simati
  • Persiapan dirumah simati (jika waris tinggal berjauhan)
  • Pengangkutan dan
  • Pelbagai lagi urusan diluar jangkaan
3. Kaum keluarga terdekat tinggal berjauhan
Berdasarkan pengalaman kami, bagi kebanyakan kes kematian di Bangi Perdana, waris mereka tinggal berjauhan atau kalau tinggal berdekatan pun, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian. Ada juga kaum keluarga simati yang mungkin mahir dengan urusan kematian ditempat mereka, tetapi tidak mahir dengan pengurusan jenazah di Bandar Baru Bangi.
 
4. Kematian tidak mengira masa dan usia
Untuk kes di Bangi Perdana, sehingga hari ini (12/12/2007), bilangan kematian yang telah direkodkan sebanyak 7 kematian. 3 daripadanya mati dalam usia muda kerana pelbagai sebab. Oleh itu, pihak badan khairat menyeru semua warga penduduk Taman Bangi Perdana agar bersegera untuk mendaftar menjadi ahli memudahkan proses pengurusan jenazah.
 
5. Sistem pengurusan jenazah yang efisen, InsyaAllah! 
Badan Khairat kematain Surau Bangi Perdana sentiasa berusaha memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan adalah efisen dan tidak menyusahkan jauh lagi untuk lepas tangan. Berdasarkan pengalaman menguruskan 7 kematian, pihak pentadbir badan berkeyakinan mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan sebarang kematian di Taman Bangi Perdana.
Melalui pendaftaran menjadi ahli, pihak badan juga menawarkan perkhidmatan menguruskan jamuan ringan dan tahlil bagi malam pertama kematian.
Apabila berlaku kematian, ahli tidak perlu memikirkan soal pengurusan jenazah. Apa yang perlu dilakukan, hanya maklumkan kepada pihak pentadbiran badan, dan InsyaAllah, selepas berbincang dan mendapat persetujuan dari waris simati, kami akan menguruskan semua masalah diatas dengan sedaya upaya dan dengan cara yang terbaik.
 
Oleh itu,

daftar-segera2.gif

Faedah-faedah Menjadi Ahli

1. Setiap ahli akan diberikan RM1,000.00 tunai pada hari kejadian untuk tujuan pengurusan jenazah

2. Segala urusan pengurusan jenazah akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak pentadbir badan

3. Pihak pentadbir badan menguruskan jamuan ringan/kenduri tahlil pada malam pertama kematian, dirumah simati

Badan Khairat Kematian Surau Bangi Perdana
Surau Bangi Perdana, Bangi Perdana, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Faks: 03-89252604   Email:
khairatkematianbp@yahoo.com.my